fbpx

Mindef berjaya capai KPI dalam 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan telah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam tempoh 100 hari pertama.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KPI itu dicapai melalui 15 inisiatif di bawah enam aspirasi merangkumi memerangi Covid-19; mengawal sempadan negara; mengeratkan kerjasama antarabangsa; memenuhi keperluan kediaman anggota; membela kebajikan veteran Angkatan Tenterta Malaysia (ATM) dan melaksanakan program jiwa murni.

“Kesemua KPI itu dicapai melalui pelaksanaan Combat Medic Vaccination Team di mana usaha itu telah berjaya memberi vaksin kepada 25,092 penduduk di kawasan pedalaman.

“Selain itu juga, kementerian turut mengatur Vaksinasi Pandu Lalu di mana dalam tempoh tidak sampai dua bulan, 14,097 remaja menerima vaksinasi lengkap hasil daripada inisiatif ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Aspirasi 100 Hari ATM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Selain itu, Hishammuddin berkata, kementerian turut melaksanakan Ops Benteng bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempandan-sempadan negara.

“Setakat 7 Disember, seramai 17,023 PATI telah berjaya ditangkap melalui pelaksanaan Ops Benteng.

“Dalam pada itu juga, KPI kementerian turut dicapai melalui pengoperasian Hospital Medan yang banyak membantu Kementerian Kesihatan (KKM) merawat ribuan pesakit Covid-19 dengan penglibatan pasukan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja,” ujarnya.

Hishammddin berkata, sepanjang tempoh 100 hari juga, kementerian berjaya melaksanakan Projek Jiwa Murni di mana sebanyak 107 Projek Jiwa Murni dilaksanakan tahun ini dan setiap satunya telah disempurnakan hasil kerja keras anggota dari Rejimen Jurutera Diraja.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga telah mengatur 21 penerbangan bantuan bagi membawa peralatan perubatan Covid-19 khususnya ke Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

“Dari sudut perumahan, untuk 100 hari pertama ini, matlamat kita adalah menyediakan sekurangnya-kurang 2,000 unit kediaman baharu dan ia telah dapat direalisasikan menerusi pelancaran 2,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Bukit Jalil oleh Perdana Menteri pada 3 November lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, tanpa melengahkan masa juga, kementeriannya akan memulakan perancangan pasca 100 harinya esok bagi melihat sendiri apakah dasar dan inisiatif yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2022 melalui Pelan Tindakan 2022.

“Kementerian akan turut memberi tumpuan terhadap perancangan jangka masa panjang melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Pelan Strategik MINDEF 2021-2025; serta Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI