fbpx

Netizen berang pemandu SUV punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang pemandu kereta jenis SUV melanggar lampu isyarat sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal.

PETALING JAYA – Kecuaian pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat merupakan salah satu faktor utama kemalangan berlaku di negara ini sehingga mengundang bahaya kepada orang lain.

Menerusi satu hantaran video oleh Penang Kini yang dimuat naik di Facebook, satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan satu kejadian kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta jenis SUV.

Klip video berdurasi 11 saat itu menunjukkan, kejadian malang itu bermula apabila pemandu SUV tersebut dilihat melanggar arahan lampu isyarat yang berwarna merah sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal yang baru memulakan perjalanan dari arah simpang lain.

Menurut status yang dimuat naik oleh Penang Kini, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan pemandu kereta itu yang sengaja menyebabkan kemalangan berlaku.

“Kurang ajar pemandu kereta terlibat sebab punca orang lain yang sakit, anggap nyawa orang lain macam tiada nilai,” kata Farhan.

“Pelik sebab asalnya kereta itu berhenti, Kenapa tiba-tiba bergerak langgar lampu isyarat, dah susahkan pengguna lain,” kata Hakim Ahmad.

“Ini jenis pemandu yang pentingkan diri sendiri, tak peduli nyawa pengguna jalan raya yang ada,” kata Fadzilah Mohamed.

Sementara itu, Penang Kini turut berkata, dimohon saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berhampiran agar dapat membantu keluarga mangsa mendapatkan pembelaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI