fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda negeri tersebut sehingga pukul 9 pagi hari ini.

Jelasnya, antara kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Terbaru, pada 2 Disember hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Alor Damat, Batu Rakit dilanda banjir kilat.

Bencana yang berlaku di negeri Terengganu itu telah menjejaskan lima buah rumah di dalam perkampungan tersebut menyebabkn 25 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI