fbpx

Kekalahan yang tiada makna – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALKER (dua dari kiri) dilayangkan kad merah kerana menendang kaki penyerang Leipzig, Andre Silva awal pagi semalam. – AFP

LEIPZIG – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pasukannya masih boleh men­dabik dada meskipun tewas 1-2 pada aksi terakhir Kumpulan A kempen Liga Juara-Juara kepada RB Leipzig di Red Bull Arena awal pagi semalam.

City yang memiliki rekod 14 perlawanan tanpa kalah menentang kelab Jerman sebelum ini, terpaksa akur dengan kekalahan itu apabila beraksi dengan 10 pemain selepas Kyle Walker dila­yangkan kad merah.

Kata Guardiola, kekalahan itu sedikit sebanyak menjejaskan momentum pasukan tetapi ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka lebih awal mengesahkan status juara Kumpulan A ke peringkat kalah mati.

“Kami tidak berjaya mempamerkan tempo yang diharap­kan pada perlawanan kali ini. Leipzig beraksi dengan lebih baik dan nasib kami bertambah malang apabila Walker diarahkan keluar padang susulan menerima kad merah.

“Namun, saya berpuas hati sebenarnya dengan keseluruhan prestasi pasukan dalam kempen peringkat kumpulan musim ini. Saya berbangga kerana kami dapat menamatkan saingan pada kedudukan teratas peringkat kumpulan,” katanya.

Lebih malang, Guardiola bukan sahaja tewas tetapi turut kehilangan dua pemain iaitu Nathan Ake dan Phil Foden di­sebabkan masalah kecederaan yang dialami dalam perlawanan itu.

“Berita kurang gembira buat kami apabila Foden mengalami kecederaan pada awal permai­nan dan terpaksa ditukarkan dengan Raheem Sterling.

“Kemudian situasi sama pula dihadapi oleh Ake. Saya amat berharap kedua-dua pemain ini tidak mengalami kecederaan serius hingga terpaksa berehat panjang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI