fbpx

Kpah Sherman ayam tambatan baharu TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN bakal menjadi 'mesin gol' baharu TFC musim depan. - KDA FC

KUALA TERENGGANU – Penyerang berbisa kelahiran Liberia, Kpah Sherman sah bakal mengetuai jentera serangan Terengganu FC (TFC) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, bekas penyerang prolifik Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menyertai TFC dengan kontrak setahun dan bakal diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

“Sherman melihat corak permainan TFC sangat sesuai dengan cara permainan beliau selain skuad ini berpotensi memburu kejuaraan pada musim yang akan datang. 

“Meskipun Kedah beraksi dalam Piala AFC, falsafah bola sepak ditonjolkan TFC menyakinkan Sherman bagi meningkatkan kualiti permainan beliau bersama skuad Sang Penyu,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam pada itu, Sherman berkata, beliau tidak sabar untuk menyertai sesi latihan dan menyarung jersi nombor sembilan bersama TFC.

“Saya difahamkan majoriti pemain TFC telah bersama sejak tiga musim lalu. Sehubungan itu, musim 2022 amat sesuai untuk saya menyertai bagi memberi nilai tambah membantu memenangi trofi,” katanya.

Mula beraksi bersama MISC-MIFA pada 2017, Sherman muncul antara peledak konsisten dalam kancah Liga Malaysia apabila menyumbang 14 gol buat PKNS FC pada 2019 sebelum berhijrah ke KDA FC pada musim 2020.

Musim ini penyerang kebangsaan Liberia itu mencetak 19 gol dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia selain membantu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak muncul naib juara Liga Super dua tahun berturut-turut.

Kemasukan Sherman akan menyaksikan penjaring gol prolifik itu menggantikan penyerang Brazil, David Da Silva, yang digugurkan TFC musim depan.

Beliau akan berganding dengan tiga pemain import yang masih dikekalkan iaitu Jordan Mintah, Habib Haroon dan Argzim Redzovic. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI