fbpx

Hati-hati plastik dalam perut ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plastik yang terdapat di dalam perut ikan

PETALING JAYA – Bekas pengacara, Hazeman Huzir berkongsi mengenai kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.

“Keadaan ini berpunca daripada sampah yang kita buang dan kemudian dimakan oleh makan dan serap ke dalam badan kita. Mikroplastik adalah kemunculan bahan pencemar baru iaitu zarah plastik yang mempunyai diameter kurang daripada 5 milimeter.

“Rata-rata orang ramai tidak menyedari kehadiran mikroplastik dan kesannya terhadap alam sekitar,” katanya.

Menurut Hazeman, terdapat kajian yang menyenaraikan jenis makanan laut yag perlu dijauhi terutama oleh wanita mengandung disebabkan kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Sampah dalam ikan yang kita makan akan mempengaruhi sistem pembiakan manusia dan imun,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan segelintir individu yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Tapi tidak bagi sesetengah orang. Lambat laun kita akan terkena (kesan) sekali,” ujar @hakimanizar.

“Dari sekolah rendah memang tidak buang sampah merata. Jika ternampak individu buang sampah merata-rata saya terus tegur. Ini isu besar dan kita perlu bersama-sama menjaga alam,” kata @jupitergaze43. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI