fbpx

Gabungan kelab penyokong bola sepak Perak sokong Pafa adakan EGM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC

IPOH – Kemelut dalaman yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) nampaknya semakin panjang apabila mula mendapat reaksi daripada Gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club).

Hari ini TBG Mobs Perak Fans Club menyokong perjuangan 13 ahli gabungan Pafa untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada19 Disember ini.

TBG Mobs Perak Fan Club merupakan kelab penyokong terbesar bolasepak Perak melibatkan 15 ahli gabungan.

Persidenya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, TBG Mobs yakin dengan keikhlasan ahli gabungan Pafa yang dipecat dalam melaksanakan tanggung jawab mereka.

“Saya hairan kenapa Pafa melemahkan dirinya dengan menyingkir 13 ahli gabungan sedangkan
alasan yang digunakan tidak masuk akal langsung.

“Kini Pafa tinggal berapa ahli gabungan sahaja. Kami percaya mereka tiada agenda lain selain memastikan bola sepak Perak berada di atas landasan betul. Itulah sebabnya kami menyokong kumpulan ini,” katanya.

Sehubungan itu Syamsul Baharin Putra berharap Pafa memulihkan keadaan agar pembentukan pasukan Bola Sepak Perak tidak terjejas.

Beliau juga curiga mengenai penjualan saham Perak FC kepada sebuah syarikat baru-baru ini kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

“Jika betul-betul beli Perak FC kenapa tangguh-tangguh. Akibatnya Perak kehilangan pemain sedangkan yang mahu diambil tidak nampak batang hidung pun lagi, ” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI