fbpx

Cadang baja, dedak dan racun senarai barang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fat Full (tengah) meninjau harga barangan keperluan asas ketika melawat pasar raya Lotus Setia Tropika, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan menghantar cadangan kepada kementerian untuk memasukkan beberapa barangan dalam senarai barang kawalan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Dr. Chong Fat Full berkata, antara barangan itu termasuklah dedak, baja dan racun.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanakan sebagai usaha tambahan untuk membolehkan kerajaan mengawal kenaikan harga keperluan asas di pasaran ketika ini.

“Buat masa ini, penguatkuasaan meliputi seluruh rantaian belum lagi sempurna sebab ada barangan di luar kawalan kerajaan, jadi kita berharap beberapa barangan ini akan dimasukkan dalam senarai,” katanya selepas melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Menurut beliau, cadangan itu hasil mesyuarat bersama dengan KPDNHEP Johor yang turut meneliti faktor-faktor kenaikan harga barangan keperluan asas, semalam.

“Selain itu, antara faktor kenaikan barangan keperluan asas yang dapat dikenal pasti pihaknya termasuklah empat barangan itu. Jadi kita akan kemukakan cadangan itu secepat mungkin,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI