fbpx

Panggilan tidak berjawab, warga Bangladesh ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Perasaan bimbang seorang lelaki selepas tidak dapat menghubungi rakan sekerjanya terjawab apabila mangsa ditemui mati di dalam sebuah bilik tidur di Taman Seremban Jaya, Senawang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi, rakan si mati membuat pemeriksaan di bilik tidur lelaki warga Bangladesh itu setelah panggilan telefon tidak dijawab.

Mangsa, Hossain Mofakkar, 47, sepatutnya datang bekerja pada pukul 9 pagi, namun tidak berbuat demikian hari ini.

“Mayat mangsa ditemui atas katil dan dipercayai meninggal semasa tidur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, majikan telah dimaklumkan berhubung kejadian itu sebelum menghubungi pihak Hospital Tuanku Ja’far (HTJ).

Jelas Nanda, si mati tidak mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI