fbpx

Polis serbu stor jadi ‘port’ simpan ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis ganja bernilai RM32,315 yang dirampas dalam serbuan di stor TNB di Jalan Kerinchi di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Polis merampas sejumlah dadah yang bernilai RM32,315 dalam serbuan di sebuah bilik jana kuasa di Jalan Kerinchi, di sini semalam.

Bertindak atas maklumat yang diperolehi, anggota dari Balai Polis Pantai telah membuat pemeriksaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di stor terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil pemeriksaan polis telah merampas tiga buah beg mengandungi dadah jenis ganja seberat 12,926 gram.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 4,308 orang pengguna dadah.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih lagi menjalankan siasatan dan risikan bagi mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI