TANJUNG MALIM – Sebuah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia bakal ditubuhkan dengan memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai institusi bertanggungjawab.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UPSI dipilih berikutan statusnya sebagai sebuah universiti pendidikan yang terulung di negara ini.
“Ia akan menjadi hab penyelidikan dan penyebaran ilmu mengenai Keluarga Malaysia.
“Penubuhannya juga dapat membudayakan nilai-nilai pengkayaan Keluarga Malaysia,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Keluarga Malaysia@IPT di Dewan Tunku Canselor UPSI, dekat sini sebentar tadi.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Majlis ini bagi mengetengahkan nilai-nilai Keluarga Malaysia dalam kalangan mahasiswa. -K! ONLINE