fbpx

Halia, sireh petua elak strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petua menggunakan sireh, halia dan minyak tanah dalam merawat pesakit strok.

PETALING JAYA – Strok atau angin ahmar merupakan salah satu penyakit berbahaya yang menjadi salah satu penyebab utama kematian dan ketidakupayaan fungsi jasad dalam kalangan rakyat negara ini.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter milik @Jabatan Netizen Malaysia, dikongsikan petua daripada seorang tukang urut saraf dengan hanya menggunakan tiga bahan mudah.

“Kalau sesiapa kena strok sediakan daun sireh, halia yang ditumbuk halus kemudian letak minyak tanah tujuh titis, sapu selalu pada bahagian yang kena strok.

“Insyaallah, akan cepat baik,” katanya.

Walaupun ada petua, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak hospital dan tidak mengambil langkah yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Strok berpunca daripada masalah salur darah yang memberi kesan terhadap organ penting iaitu otak selain faktor keturunan jika terdapat ahli keluarga yang pernah menghidap strok.

Selain itu, 80 peratus penyebab strok disebabkan masalah darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal serta berat badan yang berlebihan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI