fbpx

92 bayi merdeka di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari Kiri Ainie Shen Usop Mammad, 32, Nurul Asyikin Roslan, 26, Siti Zuliati Megat Husin, 23, Wan Shakira Saidon Khaidry, 28, Nur’eliani Hussein, 36, bergambar bersama bayi masing-masing yang dilahirkan pada tanggal 31 Ogos di Hospital Shah Alam. FOTO: SAIRIEN NAFIS

SHAH ALAM – Seramai 92 bayi merdeka dilahirkan di Selangor melibatkan 12 buah hospital sejak awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, dua buah hospital iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mencatatkan kelahiran tertinggi sebanyak 16 bayi.

Katanya, ia diikuti Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang masing-masing dengan 12 bayi pada hari ini.

“Hospital Selayang dan Hospital Ampang merekodkan 11 bayi, Hospital Kajang (8), Hospital Banting (3) dan Hospital Tanjong Karang (2).

“Manakala satu kelahiran bayi dicatatkan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (1),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI