fbpx

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia pagi tadi.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia kira-kira pukul 12.26 pagi tadi.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, gempa bumi berukuran 5.2 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jarak 252 kilometer (km) Utara dari Kupang.

“Selain itu, pusat gempa bumi tersebut terletak 8.0 darjah Selatan dan 123.1 darjah Timur dengan kedalaman 256 km .

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI