fbpx

Arsenal tidak cukup bagus – Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD (kanan) gagal membantu Arsenal menewaskan Everton meskipun meledak satu gol awal pagi semalam. – ARSENAL

LIVERPOOL – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta terpaksa mengakui pasukannya belum cukup bagus selepas gagal mempertahankan kelebihan satu gol apabila tewas 1-2 kepada Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi semalam.

Selepas Martin Odegaard meletakkan The Gunners di depan, Everton membuat kebangkitan dramatik dengan memperoleh jaringan penyamaan menerusi Richarlison sebelum Demarai Gray meledak gol kemenangan pada lewat permainan.

Arteta menyifatkan, pemainnya dihukum selepas gagal me­ngawal permainan dengan baik sekali gus merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut kepada Everton dalam aksi EPL buat kali pertama sejak 1986.

“Kami tidak konsisten ketika mengawal bola di babak pertama. Saya tidak menyukainya kerana kami tidak ada usaha untuk cuba menembus masuk ke kawasan lawan.

“Separuh masa kedua lebih baik apabila mencipta empat peluang tetapi kemudiannya kami melepaskan gol mudah kepada Everton.

“Bukan itu sahaja, kami juga gagal menyekat kemaraan pasukan lawan pada hujung perlawanan. Ini membuktikan bahawa kami belum cukup bagus,” kata Arteta.

Dalam perlawanan itu, Odegaard muncul pemain terbaik buat Arsenal selepas dia merekodkan empat hantaran penting selain melakukan tiga percubaan ke arah gawang Everton.

Odegaard yang berusia 22 tahun 354 hari muncul sebagai pemain termuda Norway yang berjaya menjaringkan gol dalam dua perlawanan EPL berturut-turut sejak John Arne Riise (21 tahun 328 hari) melakukannya bersama Liverpool pada 2002.

Bagaimanapun, prestasi hambar penyerang utama yang juga kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang terus mengecewakan pasukan.
Ia selepas Aubameyang mensia-siakan beberapa peluang terbaik untuk meledak gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-85. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI