fbpx

Sasar bina 80,000 unit rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Residensi Kuchaimas.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mensasarkan untuk membina sebanyak 80,000 unit rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia dalam tempoh 10 tahun sehingga 2028 dengan sasaran 8,000 unit setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi di bawahnya untuk mencapai sasaran tersebut.

“Saya minta Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi di bawahnya memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan kerjasama pemaju swasta.

“Ia kerana ini adalah penting untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Residensi Kuchaimas di sini hari ini.

Tambahnya, sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia.

“Melalui inisiatif Residensi Wilayah Keluarga Malaysia ini, tumpuan adalah di kawasan pesat membangun walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

“Residensi Wilayah Keluarga Malaysia bertujuan merealisasikan impian warga Wilayah Persekutuan untuk memiliki kediaman sendiri dengan persekitaran yang selesa dan kondusif. Apa yang menjadi keutamaan adalah harga rumah tersebut berpatutan dan mampu milik,” ujarnya.

Jelasnya, sehingga November 2021, sebanyak 62,836 unit rumah yang melibatkan 102 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 95 buah projek terletak di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI