fbpx

Dua marsyal termasuk seorang berpangkat Datuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lagi video tular memapakkan aksi individu yang bertindak sebagai marsyal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa besar.

PORT DICKSON – Dua lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marsyal seperti yang tular dalam Facebook pada Ahad lalu ditahan selepas menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka yang berusia 45 dan 49 tahun itu hadir ke balai polis pada pukul 12.45 tengah hari dan 2.30 petang

“Seorang Datuk yang juga ahli perniagaan dan ejen insuran itu hadir ke balai trafik selepas mengetahui aksi mereka dirakam sebelum tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan: Dua lagi marsyal berlagak polis trafik dikesan

Menurut Aidi Sham, pihaknya merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan dalam kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI