fbpx

Dibuang kerja kerana bipolar, kini berniaga online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang orang kelainan upaya (OKU) cekal meneruskan kehidupan walaupun dibuang kerja kerana menghidapi masalah mental atau bipolar sejak remaja.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Mohd. Hafiz Almuhaimi Mohd. Halim berkata, dia mengalami tekanan dan manic bergilir-gilir ekoran gagal dalam perniagaan.

“Kali terakhir saya manic adalah pada tahun lepas, dimasukkan ke wad psikiatri selama beberapa minggu.

“Ia adalah kerana saya tidak dapat mengawal emosi selepas mengalami tekanan akibat gagal dalam perniagaan,” tulisnya di Facebook.

Jelasnya, dia pernah berkhidmat di sektor awam sebagai seorang guru namun diberhentikan kerja kerana masalah bipolar.

“Saya pernah berkhidmat sebagai seorang guru di negeri Sarawak dan hanya sempat mengajar selama dua minggu sebelum episod manic menyerang saya.

“Saya terpaksa melupakan karier sebagai seorang guru. Saya menghidap penyakit ini sejak 2006 ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Tambahnya, setelah dibuang kerja dia mula berniaga secara dalam talian untuk menyara hidup.

“Selepas dibuang kerja, saya melakukan perniagaan t-shirt secara dalam talian untuk menyara diri dan keluarga.

“Walaupun saya macam ini, tetapi hidup mesti diteruskan. Doakan saya kuat menempuh dugaan hidup ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI