fbpx

Oh Won-bin dedah status sebenar, sudah ada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OH WON-BIN

DALAM diam-diam, bekas anggota kumpulan F.T. Island, Oh Won-bin sebenarnya sudah memiliki seorang anak hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita dicintainya.

Perkara tersebut didedahkan penyanyi itu yang turut memaklumkan, dia akan berkahwin dengan wanita itu tidak lama lagi.

Kata Won-bin, dia bersyukur kerana dikurniakan kehidupan baharu ketika pandemik Covid-19 melanda.

“Saya akan berkahwin. Semasa pandemik, saya dikurniakan kehidupan baharu. Saya memang berniat untuk sebarkan berita gembira ini tetapi ada beberapa kekangan berlaku.

“Setiap kali melihat anak kami, saya sangat bersyukur dengan kehidupan ini. Tapi saya rasa bersalah kepada anak dan ibunya kerana merahsiakan hal ini,” ujarnya.

Dedah Won-bin lagi, dia dan bakal isterinya sudah berkawan sejak sekian lama iaitu ketika berusia 17 tahun.

“Dia banyak membantu saya ketika jatuh bangun. Dia merupakan seorang guru lakonan.

“Walaupun saya tak dapat nak kongsikan gambar bayi atau dia dalam media sosial tapi dia tak pernah merungut,” katanya
lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI