fbpx

Pemandu KPDNHEP edar dadah dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang pemandu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat 845.25 gram (g), tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor memutuskan demikian terhadap tertuduh, Norazamuddin Mutalib, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapinya.

Norazamuddin turut diperintahkan penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua memiliki ganja seberat 64.27g.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 845.25g di hadapan sebuah rumah di Seksyen 1, Semenyih, Hulu Langat pada pukul 1.30 pagi, 29 Jun 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Norazamuddin didakwa memiliki dadah jenis sama seberat 64.27g di dalam kebun bersebelahan Jalan Tanjung 15, Taman Sri Manjung, Semenyih, Hulu Langat pada pukul 1 pagi, hari sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 ABD 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau lima tahun serta sebat sehingga 10 sebatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI