fbpx

2 maut, seorang cedera lori bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori SWM dan lori 3 tan Isuzu yang bertembung dalam satu kemalangan maut mengorbankan dua orang mangsa berhampiran ST Rhodes Club, Ladang Johor, Labis, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Dua buah lori bertembung dalam satu kemalangan mengorbankan dua mangsa dan seorang cedera parah berhampiran ST Rhodes Club, Ladang Johor, Labis di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Kedua-dua mangsa yang terkorban, Ramli Ibor, 58, sebagai pemandu lori SWM serta kelindan, Muhammad Helmi Karim, 30, ditemui tersepit di dalam lori SWM Corp.

Manakala pemandu lori 3 tan Isuzu, Nor Fazli Ramli, 30, turut tersepit serta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala di dalam lori yang dipandunya itu.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md Sarif, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada pukul 8.11 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, di dapati sebuah lori 3 tan jenis Isuzu membawa muatan besi binaan telah bertembung dengan sebuah lori SWM Corp.

“Lori SWM Corp datang dari arah Yong Peng menuju ke Labis. Manakala lori Isuzu dari arah Labis ke Yong Peng,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, dua mangsa dari lori SWM Corp telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM yang turut berada di lokasi kejadian. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI