fbpx

Muhyiddin tidak pernah keluar kenyataan tersebut – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin untuk 30 peratus penduduk Malaysia.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas pejabat beliau memperolehi transkrip penuh ucapan Muhyiddin.

“Setelah pejabat saya memperolehi transkrip penuh ucapan Tan Sri Muhyiddin, ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan yang tidak tepat, sekurang-kurangnya oleh dua agensi berita tersebut.

“Bagaimanapun, kesilapan laporan itu tidak diperbetulkan dan boleh diakses sehingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan-laporan berita pada 1 Disember berhubung kenyataannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Januari lalu mengenai perolehan vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau memberitahu bekas Perdana Menteri telah tersilap cakap apabila mengatakan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion, bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk 30 peratus penduduk negara ini.

“Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah membangkitkan tentang laporan media yang memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu, bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin buat 30 peratus penduduk negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI