fbpx

20 peratus murid tahap satu Johor lemah 3M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan Bujang (tengah) melancarkan Program Penjana KPT Cap@Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menganggarkan sehingga 20 peratus daripada seramai 131,281 murid tahap satu di negeri ini gagal menguasai tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara ini sejak awal tahun lalu antara faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut.

Katanya, kerajaan negeri telah merangka program khas iaitu Didik Johor dengan peruntukan sebanyak RM450,000 bagi membantu murid yang tercicir dalam menguasai kemahiran 3M.

“Program Didik Johor yang akan mula dilaksanakan tahun depan itu akan dibantu guru-guru pakar melalui pelaksanaan kaedah tuisyen.

“Program perintis yang dikelolakan Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah dilaksana sejak bulan lalu melibatkan perumahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, PPR Kempas, dan PPR Bakar Batu,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI