fbpx

28 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM140,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengeluarkan kompaun ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ibu kota malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 28 orang pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu kota dikompaun RM140,000 malam tadi selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Serbuan itu dijalankan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Ops Pematuhan Khas Covid-19 lewat malam tadi.

Ketua JPJKK IPK Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, serbuan ke atas premis berkenaan dilakukan bersama 18 pegawai serta anggota polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PNN) Fasa 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Berikutan itu, polis telah mengeluarkan kompaun terhadap 28 orang pengunjung yang berada di pusat hiburan tersebut dengan nilai kompaun berjumlah RM140,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kompaun RM25,000 turut dikeluarkan terhadap pemilik premis terbabit menjadikan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM165,000.

Katanya, operasi sedemikian akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha kerajaan menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara ini khususnya dalam kalangan warga ibu kota. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI