fbpx

Disindir kerana tidak bersedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMS yang diterima pemuda tersebut.

PETALING JAYA – Bersedekah adalah satu amalan yang sangat mulia dilakukan bagi semua orang.

Namun, lain pula ceritanya apabila ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan rasa bersalah kepada individu yang tidak bersedekah.

Menerusi perkongsian @kingarep_ yang tular di Twitter, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang Ustaz seperti memaksa serta menyindir kerana tidak menghulurkan bantuan.

Gambar tersebut memaparkan, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Ustaz menyatakan supaya melembutkan hatinya untuk bersedekah kerana dia mengabaikan SMS sebelum ini.

Rata-rata orang ramai juga menyatakan rasa tidak puas hati kerana ditimpa nasib yang sama.

“Siapa lah mesej macam ini, buat orang serba salah sahaja. Orang jadi tak ikhlas nak buat baik kalau macam ini,” ciap @miss_usaa.

“Mula-mula niat untuk sedekah tetapi lama-lama saya jadi geram bila dapat SMS macam ini.

“Rasa bersalah sangat tetapi janganlah sampai SMS atau email sinis sindir-sindir,” kata esmeray.

Sementara itu, menurut @dmitriozz, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan perbuatan seperti itu.

“Entah mengapa saya rasa orang yang selalu memaksa serta meminta derma seperti ini tidak menggunakan duit itu untuk membantu golongan-golongan susah tetapi untuk diri mereka sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI