fbpx

Premis judi baharu operasi sebulan digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA individu yang ditahan dalam serbuan di premis perjudian di Bandar Puteri, Klang, petang tadi.

KLANG -Kegiatan haram sebuah premis perjudian atas talian di Bandar Puteri di sini, sejak sebulan lalu tidak bertahan lama apabila digempur polis, petang tadi.

Serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu membawa kepada penahanan lima lelaki termasuk seorang penjaga premis berusia 27 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama dua minggu mengenai aktiviti perjudian di rumah kedai tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati premis judi atas talian itu beroperasi sejak awal November lalu.

“Ketika serbuan, terdapat lima individu berada di dalam kedai itu masing-masing empat pemain dan seorang penjaga premis.

“Kesemua mereka gagal melarikan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui dalam operasi itu.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas sebanyak 11 komputer riba dan wang tunai berjumlah RM200 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI