fbpx

Liverpool tidak kebal – Pioli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIOLI (kiri) percaya pasukannya mampu mencipta kejutan menewaskan Liverpool di San Siro awal pagi esok. – AFP

MILAN – Gergasi Itali, AC Milan berdepan tugas sukar untuk meneruskan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila menentang Liverpool untuk aksi terakhir Kumpulan B di Stadium San Siro awal pagi esok.

Kekalahan terhadap The Reds selain kemenangan Atletico atau Porto dalam satu lagi aksi Kumpulan B awal pagi esok bakal menyingkirkan Milan daripada pentas Eropah.

Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli tetap yakin anak-anak buahnya mampu mencipta kejutan ke atas Liverpool sekali gus mara sebagai dua pasukan terbaik ke pusingan 16 terbaik.

“Kami akan mengkaji setiap sudut kekuatan dan kelemahan Liverpool berdasarkan data ketika menentang mereka.

“Atas kertas, Liverpool adalah pilihan utama dan antara yang terkuat di Eropah tetapi mereka bukanlah sebuah pasukan yang tidak boleh dibolosi.

“Kami juga mempunyai peluang untuk mengeksploitasi bahagian pertahanan mereka yang agak lemah. Cumanya pemain perlu segera mendapatkan tahap kecergasan terbaik,” katanya.

Keyakinan itu hadir berdasarkan prestasi cemerlang Milan ketika ini yang berjaya merakam dua kemenangan dalam dua aksi terakhir mereka selepas menewaskan Genoa 3-0 dan Salernitana 2-0.

Bagaimanapun, ia bukan mudah kerana kali terakhir Rosso­neri menewaskan Liverpool adalah ketika final Liga Juara-Juara edisi 2007 dengan keputusan 2-1 menerusi dua jaringan Filippo ­Inzaghi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI