fbpx

Remaja tanpa kaki bergerak guna skateboard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Izwan tidak menjadikan kecacatannya sebagai penghalang untuk menyertai aktiviti lasak.

BATU GAJAH – Berjalan menggunakan papan selaju (skateboard) sambil tangan mengawal kelajuan bukan penghalang untuk seorang remaja berstatus orang kelainan upaya (OKU) untuk melakukan aktiviti se­perti remaja normal lain.

Mengakui tidak pernah berasa kecewa atau malu dengan kekurangan diri, Muhammad Izwan Md. Said, 17, yang berasal dari Kuala Lumpur menerima kekurangan diri dengan reda.

Muhammad Izwan berkata, kecacatan kedua-dua kaki sejak lahir menyebabkan pergerakannya terhad, namun dia tetap menjalani kehidupan seperti insan normal lain.

“Saya seorang yang berdikari dan mengurus diri sendiri ketika di rumah.

“Walaupun kelas saya di tingkat dua, saya masih boleh naik tangga menggunakan ta­ngan, manakala beg dan skateboard akan dibawa oleh rakan,” katanya.

Tambahnya, dia sangat bersyukur kerana adanya keluarga dan rakan yang sentiasa beri sokongan dan bantuan.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, dia menggunakan papan selaju sejak berusia 10 tahun selepas melihat orang bermain papan ber­kenaan yang mencetuskan idea kepadanya dan ibu bapa mencuba menggunakan papan itu.

“Ini merupakan papan selaju yang kedua dan saya selesa menggunakannya kerana ia memudahkan pengerakan,” katanya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI