fbpx

BMS 2021 terima deposit RM175 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program GEMS membantu graduan dengan pelbagai latihan dan bimbingan dalam jualan melalui sokongan elaun selama 12 bulan selain memperoleh komisen atas inisiatif pemasaran mereka. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bulan Menabung Simpanan SSPN (BMS) 2021 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 hingga 31 Oktober lalu mencatatkan penerimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175 juta atau 159 peratus.

PTPTN dalam satu kenyataan media berkata, jumlah itu melebihi berbanding sasaran awal sebanyak RM110 juta bagi BMS 2021 yang diadakan sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

“Kejayaan yang dicatatkan jelas menunjukkan semakin ramai ibu bapa tahu kepentingan membuat tabungan dan perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan tinggi anak-anak.

“Kekallah menjadi superhero sepanjang masa untuk anak-anak dengan membuat perancangan kewangan dari awal bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PTPTN, pendidikan memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai satu laluan untuk melahirkan modal insan yang berguna, tetapi menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

Kata PTPTN, BMS 2021 diadakan di peringkat nasional dan negeri secara maya menerusi media sosial rasmi PTPTN dengan pelbagai program serta pertandingan turut berlangsung disertai ibu bapa dan anak-anak.

“Ini tahun keempat PTPTN menganjurkan BMS dan akan diteruskan setiap tahun bagi membuktikan komitmen PTPTN mempromosi dan menghebahkan maklumat mengenai produk Simpan SSPN kepada semua masyarakat di seluruh Malaysia.

“Ia selaras dengan matlamat dalam Teras Strategik Pertama, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memupuk budaya menabung dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal usia anak bagi tujuan pendidikan tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan,” kata PTPTN.

Tambah kenyataan itu, walaupun 2021 antara tahun mencabar dengan suasana ekonomi kurang memuaskan dan pelbagai tekanan diterima akibat penularan wabak Covid-19, namun masyarakat Malaysia masih menitik beratkan budaya menabung.

Justeru, kata kenyataan itu, pelaksanaan BMS antara pendekatan digunakan untuk membudayakan sikap menabung dengan mengadakan pelbagai inovasi seperti pelaksanaan program dan aktiviti yang terarah kepada tabungan supaya menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI