PETALING JAYA – Rupa parasnya yang kelihatan seperti pelancong asing menyebabkan sebahagian besar warga tempatan mengelak untuk berborak termasuk mengambil pesanan makanannya.
Ia berikutan mereka bimbang sekiranya gadis berdarah kacukan Malaysia-Afrika tersebut berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selain tidak memahami pertuturannya.
Menceritakan detik melucukan tersebut, gadis berusia 24 tahun berkongsi pengalaman itu menerusi sebuah video berdurasi 30 saat di media sosial.
Katanya, terdapat satu insiden melucukan di mana ia berlaku di sebuah kedai makan.
“Pak cik itu cuba bercakap dalam bahasa inggeris, dia cakap ‘Hello, good evening, eat, you want’ sebelum saya bergurau dengan nada seloroh ‘i want’.
“Terdapat sebuah lagi insiden berlaku di sebuah kedai makan Kelantan di mana semua pekerja di kedai makan tersebut tidak mahu mengambil pesanan makanannya.
“Mereka cakap ‘Mu lah, ‘Demo lah’ lepas itu, saya terus cakap tidak apalah, saya serve sendiri sebelum mereka terkejut dan memberitahu ‘lah mu melayu?,” katanya.
Perkongsian @Aya Amiruddin yang juga menjual produk kesihatan terbabit telah mendapat lebih 279,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen orang ramai.
Difahamkan, gadis berkenaan dilahirkan di ibu kota dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi, ibu kandungnya berbangsa Melayu manakala bapanya orang Afrika dari Nigeria. – K! ONLINE.