fbpx

Anak kerap menangis rindukan Muhammad Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus menyampaikan replika cek kepada Nur Shahida di rumahnya di Kampug Parit Mat Ali, Kuala Kurau hari ini. - Foto Wat Kamal Abas

PARIT BUNTAR – “Anak yang kecil sering meragam dan kerap menangis kerana rindukan ayahnya.”

Demikian luah Nur Shahida Saidin, 31, balu kepada Muhammad Hafiz Hamdi, pemandu lori sayur yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Cameron Highland -Simpang Pulai pada Khamis lalu.

Pasangan tersebut mempunyai dua cahaya mata iaitu Nur Hannan Fitrysha, dua tahun dan Muhammad Hafiy Fahri berusia tiga bulan.

“Menjadi kebiasaanya, arwah akan menidurkan Hafiy termasuk Nur Hannan pada setiap malam dan pada malam terakhir arwah suami menidurkan sambil memeluk erat anak perempuannya sehingga ke pagi.

“Sehingga kini anak perempuan akan berlari keluar mencari ayahnya jika terdengar bunyi motosikal,” katanya ketika ditemui selepas memerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Taiping di rumahnya di Kampung Parit Mat Ali dekat sini hari ini.

Nur Shahida menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 dan pencen penakat berjumlah RM1,300 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu keluarga ini pula boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0821 0290 0008 5653 atas nama Nur Shahida Saidin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI