fbpx

[VIDEO] Marsyal jangan berlagak sebagai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan individu yang bertindak sebagai marsyal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaannya.

SEREMBAN – Jangan datang ke Negeri Sembilan jika mahu berlagak sebagai polis dan menahan kenderaan sesuka hati.

Demikian tegas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop kepada individu tertentu terutama penunggang motosikal berkuasa besar yang menggunakan marsyal untuk berkonvoi bagi memberi laluan kepada mereka.

“Kalau kita tengok baru-baru ini ada dua kes marsyal dikesan oleh pihak polis dan kedua-duanya berlaku di daerah Port Dickson. Perkara ini kita sudah uar-uarkan di media di mana penunggang motosikal berkuasa tinggi sebenarnya tidak dibenarkan menjadi marshal.

“Mereka tidak dibenarkan menahan, melecong dan menghalang apa jua kenderaan di atas jalan raya sebab mereka tidak ada kuasa itu,” katanya ketika ditemui di sini ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis kini masih mengesan individu yang bertindak sebagai marsyal seperti dalam video yang tular di media sosial Facebook dipercayai berlaku di Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang di Port Dickson.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI