fbpx

Penganjur, pengunjung parti liar dikompaun RM1.56 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengeluarkan kompaun ke atas penganjur dan 303 pengunjung parti liar malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM1.56 juta ke atas penganjur dan 303 pengunjung parti liar di sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengenakan kompaun kepada penganjur sebanyak RM50,000.

“Seramai 87 pengunjung warga tempatan dikompaun RM435,000 manakala 216 pengunjung warga asing pula berjumlah RM1,090,000.

“Kita keluarkan kompaun selepas kesemua mereka didapati menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan penetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2021 serta Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Jelas beliau, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati 23 warga tempatan iaitu sembilan lelaki dan 14 wanita serta empat lelaki warga asing didapati positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua 216 warga asing itu turut ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 216 individu ditahan ketika sedang leka berparti di sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam itu, setiap individu dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk menyertai parti liar tersebut sebelum dijemput menerusi aplikasi media sosial selain disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI