PETALING JAYA – Seluruh Kuala Lumpur dan bahagian Petaling di Selangor diramal ribut petir sehingga pukul 6 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi berkata, kejadian ribut petir juga turut diramalkan berlaku di seluruh Labuan.
Beberapa bahagian di Sarawak termasuk Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal mengalami ribut petir petang ini.
Dalam pada itu, kawasan pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tanbunan) serta Pantai Barat dan Tawau turut diramal alami cuaca tersebut. – K! ONLINE