fbpx

11 Pos Kawalan PGA dinaik taraf balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah melakukan gimik perasmian ketika Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaik taraf 11 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai balai polis untuk memberi akses kemudahan kepada rakyat membuat laporan serta berurusan dengan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, 11 pos kawalan yang dinaik taraf itu bertempat di lokasi strategik Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penduduk membuat laporan polis, laporan kematian dan kelahiran.

“Sembilan pos kawalan di Sabah dan dua di Sarawak yang dinaik taraf dapat memudahkan urusan penduduk di kawasan itu yang mengalami kekangan dari segi kedudukan geografi jauh untuk ke balai polis berdekatan.

“Sebagai contoh, perjalanan ke balai polis berdekatan boleh memakan masa lima hingga enam jam kerana faktor jarak yang jauh dari tempat tinggal penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul. Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalannya Datuk Seri Mazlan Lazim.

Jelas Hamzah, perluasan taraf pos kawalan itu akan meningkatkan interaksi serta urusan pihak berkuasa bersama penduduk setempat dan sudah diterima baik penduduk kawasan itu.

“Pos kawalan yang dinaik taraf itu dilaporkan telah menerima 14 jumlah laporan dalam masa 2 minggu selepas mula beroperasi.

“Ini menunjukkan bahawa warga pendalaman sudah dapat memahami bahawa PGA juga boleh dijadikan sebagai balai polis,” ujarnya.

Tambah beliau, peningkatan taraf pos kawalan itu diharap dapat diperluaskan ke 170 pos kawalan di seluruh negara jika mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada rakyat dalam masa enam bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI