fbpx

ADUN persoal mengapa pegawai PDT tidak angkat telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri membangkitkan soal pegawai Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang yang tidak mengangkat panggilan telefon ketika bukan waktu pejabat.

Beliau berkata, insiden ini berlaku kepadanya semalam apabila cuba menghubungi pegawai jabatan terbabit bagi membantunya menguruskan isu banjir kilat yang berlaku di kawasannya.

“Sebab terdapat arahan daripada PDT Klang supaya pegawainya tidak mengangkat telefon ketika waktu rehat dan selepas habis waktu pejabat walaupun ADUN telefon.

“Kita kadang-kadang telefon mereka sebab berlakunya masalah kritikal secara tiba-tiba,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Selangor tahun 2022 Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14, hari ini.

Sehubungan itu, Azmizam memohon penjelasan daripada pihak kerajaan negeri sama ada mereka memberikan elaun telefon bimbit kepada pegawai kerajaan.

Menjawab isu tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, elaun tersebut diberikan kepada penjawat awam yang berada di gred 48 ke atas.

“Bagi penjawat awam di bawah gred berkenaan, saya difahamkan pemberian elaun ini diberikan kepada penjawat awam tertentu di bawah skim penjawat awam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI