fbpx

9 kru cemas bot hampir tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
bot tersebut dimasuki air dan hampir tenggelam di perairan Tanjung Pungai, di sini

KOTA TINGGI – Sembilan kru warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bot ‘barter trade’ yang dinaiki dimasuki air dan hampir tenggelam di perairan Tanjung Pungai, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat kejadian pada pukul 11 pagi.

Jelasnya, kejadian itu dimaklumkan menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) mengenai kejadian sebuah bot ‘barter trade’ telah mengalami cuaca buruk justeru telah berjaya diselamatkan oleh bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia.

“Sebelum kejadian, bot ‘barter trade’ yang dikendalikan oleh sembilan kru warga Indonesia berusia antara 19 tahun hingga 48 tahun itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna, Indonesia dari Singapura.

“Kesemua kru bot ‘barter trade’ yang diselamatkan telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Maritim Malaysia menerusi MRSC Johor Bahru ingin menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut.

Sebarang kecemasan di laut, segera hubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07 – 2199401) atau talian kecemasan MERS 999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI