fbpx

Pusat karaoke tidak patuh SOP diarah tutup 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Sebuah pusat karaoke keluarga di Butterworth di sini diarah tutup selama tujuh hari selepas dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya ketika Ops Ambang Merdeka bermula kira-kira pukul 8 malam.

“Sebuah pusat hiburan di Mak Mandin, Butterworth turut diberi amaran kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kita mahu setiap premis yang beroperasi melaksanakan setiap SOP bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, seramai 558 individu dan 432 kenderaan diperiksa dalam operasi itu yang menyasarkan kawasan tumpuan orang ramai.

“Sebanyak 12 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya, manakala seorang lelaki ditahan kerana memilik 4.6 gram (g) dadah disyaki heroin dan 1.1g syabu selain seorang individu turut ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

“Sebanyak 70 kenderaan juga diperiksa dan 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI