fbpx

Nico tersingkir, tetapi bermaruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nico G menjadi peserta pertama disingkirkan dari pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.

PETALING JAYA – “Kami terkeluar dalam keadaan bermaruah”.

Itu ungkapan dari bibir anggota kumpulan hip-hop, Nico G apabila tersingkir pada konsert minggu ketiga, sekali gus menjadi peserta pertama yang terkeluar daripada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.

Nico G yang dianggotai trio oleh Nico, Alfa dan Dino yang ditemui malam tadi bersyukur dan gembira apabila diberi peluang untuk membuat kemunculan semula menyertai GV8.

“Walaupun singkat, banyak perkara yang kami pelajari. Terima kasih kepada semua keluarga besar GV8.

“Kami sudah pun buat yang terbaik dan berjuang, namun rezeki kami sampai di sini sahaja,” ujar Alfa.

Biarpun cuma mampu bertahan sehingga konsert minggu ketiga sahaja, Nico G amat berpuas hati kerana sedikit sebanyak dapat membawa perjuangan muzik hip hop era 1990-an dan berharap agar dapat terus berada dalam industri muzik tanah air.

“Kami akan berusaha sampai ke akhir hayat. Mungkin menerusi projek kami yang terbengkalai. Walaupun kami tidak jangka terkeluar pada minggu ini, sekurang-kurangnya kami terkeluar dalam keadaan bermaruah,” katanya.

Bercakap tentang perancangan mereka pada masa akan datang, Nico G berkata mereka bakal menyempurnakan projek album yang telah terbengkalai disebabkan pandemik Covid-19.

“Kami sudah menyiapkan dua buah lagu beserta muzik video. Cuma tinggal empat lagi lagu yang belum siap dirakam.

“Untuk enam buah lagu ini, kami berkolaborasi bersama enam orang penyanyi rap underground. Menariknya, kami akan keluarkan album ini dalam bentuk cakera padat (CD) untuk mengembalikan semula memori zaman kegemilangan album,” kata Nico.

Konsert minggu ketiga GV8 malam tadi menyaksikan penyanyi kelahiran Sabah, Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul menduduki tempat pertama dengan markah oleh juri sebanyak 80.80 peratus diikuti Alif Aziz (83.90 peratus) dan Adibah Noor (81.30 peratus). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI