fbpx

Pemilikan aset bumiputera masih rendah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri meninjau pameran oleh pemain Industry Key Economic Growth Areas (KEGA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tahap sosioekonomi bumiputera selaku kaum majoriti di negara masih perlu diperkasakan memandangkan jurang pendapatan dan pemilikan aset masih rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) adalah untuk memperkasa agenda pembangunan dan sosioekonomi bumiputera dalam membentuk keseimbangan peluang dari segi ekonomi supaya tiada bumiputera ketinggalan.

“Walaupun bumiputera kaum majoriti di negara, seramai 20.9 juta atau 69.7 peratus, namun status sosioekonomi Bumiputera masih di tahap yang memerlukan peningkatan khususnya jurang pendapatan serta pemilikan aset yang masih rendah.

“Penglibatan perniagaan bumiputera dalam projek nasional berskala besar serta mengkaji polisi perolehan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta isu-isu berkaitan ekuiti korporat bumiputeta masih jauh tidak mencapai sasaran 30 peratus.

“Bumiputera perlu dibantu dengan cara baharu dan lebih berstruktur. Inklusif dari Perlis ke Sarawak hingga ke Sabah, termasuk golongan minoriti. TPB2030 merupakan agenda besar melonjakkan kedudukan Bumiputera melalui merit dan daya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Tambahnya, TPB2030 yang dinaungi oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meletakkan enam sasaran utama untuk dicapai menjelang tahun 2030.

“Sasaran ini bakal dicapai melalui tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) iaitu Pertanian dan Komoditi, Ekonomi Digital, Halal dan Makanan, Kewangan Islam 2.0, Pengangkutan dan Mobiliti Lestari, Pembuatan dan Pelancongan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI