SIBU- Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau yang merupakan wakil tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menghantar penamaan calon tadi sebagai wakil Bebas.
Ali menghantar borang penamaan bagi mempertahankan kerusi DUN Krian yang dimenangi pada PRN lalu.
Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN-12 Sarawak.
Sebaliknya, Bersatu akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember depan. -K! ONLINE