fbpx

PRN Sarawak: Penamaan calon selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING- Proses penamaan calon di kesemua 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak disifatkan selesai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Keadaan itu selaras dengan arahan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana tempoh ditetapkan bagi setiap calon menghantar borang penamaan hanya selama sejam bermula pukul 9 pagi tadi.

Antara calon yang menghantar borang penamaan tadi ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menghantar borang penamaan di PPC Dewan Masyarakat Gedong kira-kira pukul 8.50 pagi.

Selepas ini, satu sidang akhbar khas berhubung urusan penamaan calon PRN Sarawak akan diadakan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar kira-kira pukul 11 pagi.

Sidang akhbar khas itu antara lain akan mengumumkan jumlah calon bertanding selain jumlah pertembungan penjuru di setiap kerusi DUN Sarawak -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI