fbpx

PRN Sarawak: Tirai penamaan calon dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas-petugas SPR membuat persiapan di lokasi penamaan Calon N.06 Tupong untuk PRN Sarawak kali ini

KUCHING – Tirai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dibuka secara rasmi pagi ini apabila proses penamaan calon berlangsung secara serentak di 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pukul 9 pagi tadi.

Kesemua calon bertanding perlu mengemukakan kertas penamaan dalam tempoh sejam kepada Pegawai Pilihan Raya yang ditempatkan di 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) sehingga pukul 10 pagi nanti.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan beberapa parti utama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Pakatan Harapan (PH) dan Gasak sebuah perikatan terdiri daripada parti tempatan cuba merebut 82 kerusi dipertandingkan.

GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengesahkan bertanding di kesemua kerusi DUN.

Antara PPC diberikan tumpuan oleh pengamal media termasuklah PPC Dewan Masyarakat Gedong di mana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan menghantar borang penamaan di lokasi berkenaan.

Penamaan calon pada PRN kali ini dilihat berbeza jika dibandingkan pada tahun 2016 memandangkan diadakan dalam norma baharu tanpa kehadiran penyokong parti seperti kebiasaannya.

PRN Sarawak merupakan siri ketiga pelaksanaan pilihan raya negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dimana PRN Sabah diadakan pada September 2020 dan PRN Melaka bulan lalu.

Pada PRN Sarawak lalu, sebanyak 229 calon bertanding termasuk 36 calon Bebas bagi merebut 82 kerusi DUN. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI