fbpx

Zii Jia akui pemain lawan dapat baca permainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA dikatakan langsung tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mendakwanya sedia keluar daripada BAM.

PEMAIN perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia terus dihampakan apabila gagal melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir di Bali, Indonesia apabila rebah di separuh akhir kelmarin.

Hasrat juara kejohanan Seluruh England (All England) itu disekat pemain muda Thailand, Kunlavut Vitidsarn apabila tewas straight set 18-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.

Kata Zii Jia, dia akur dengan kekalahan tersebut selain menganggap lawannya menampilkan aksi lebih baik serta layak untuk melangkah ke pentas final pada kejohanan penutup tirai Jelajah Dunia itu.

“Secara keseluruhan, memang kecewa dengan permainan hari ini (kelmarin). Kunlavut juga menampilkan aksi cukup berkualiti dan berhak untuk menang.

“Saya akui dia lebih bersemangat dan bersedia berbanding perlawanan sebelum ini. Mungkin dia sudah tahu bagaimana untuk ambil kesempatan terhadap gaya permainan saya,” kata pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Biarpun tidak dapat mereali­sasikan hasrat mara ke pentas final Jelajah Dunia Akhir, namun Zii Jia masih ada peluang me­nebus kekecewaan tersebut apabila dijadualkan menyertai Kejohanan Dunia di Huelva, Sepanyol bermula 12 Disember ini.

Justeru, dia yang juga anak buah legenda badminton Indonesia, Hendrawan memiliki masa lebih kurang seminggu untuk melakukan persiapan terbaik sebelum turun beraksi pada kejohanan tersebut.

“Walaupun tewas tetapi masih ada perkara positif kerana dapat layak ke separuh akhir. Selepas ini, saya mahu berehat serta melakukan persiapan untuk Kejohanan Dunia akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI