fbpx

Mukhairi sedia jadi ‘jeneral’ tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI sentiasa bersedia jika diberi peluang dan akan beri 100 peratus di atas padang menjelang aksi menentang Kemboja hari ini.

PEMAIN tengah skuad Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal Mahadi bersedia memikul tanggungjawab besar sebagai ‘jeneral’ di jentera tengah untuk mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2020 dengan aksi Kumpulan B akan membuka tirai esok.

Sebagai rekod, Mukhairi yang mewakili kelab Selangor FC menjadi salah seorang daripada dua pemain di posisi tengah selain tonggak ve­teran, Baddrol Bakhtiar selepas Akram Mahinan dan Kenny Pallraj digugurkan akibat kecederaan.

Lebih menarik, ini bakal menjadi penampilan pertama pemain berusia 20 tahun di pentas Piala AFF Suzuki selepas membuat kemunculan debut bersama skuad senior Harimau Malaya ketika aksi persabahabatan di Jordan, Oktober lalu.

Menurut Mukhairi yang juga kapten skuad B-23 negara, ­banyak perkara yang perlu dipelajari terutama daripada Baddrol sekiranya diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama pada hari perlawanan nanti.

“Saya banyak belajar daripada Baddrol sepanjang sesi latihan lepas dan sebagai pemain, saya sentiasa bersedia jika diberi peluang dan akan beri 100 peratus di atas padang.

“Secara jujur, saya cukup bermotivasi untuk mengharungi kempen musim ini memandangkan ini adalah penampilan pertama saya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki dan cabaran yang bakal diberikan cukup hebat.

“Apa yang penting, sebagai pemain tengah, saya pasti komunikasi dalam kalangan pemain adalah cukup penting dan semua sedang berusaha untuk membentuk kesefahaman jitu sebelum hari perlawanan nanti,” katanya.

Mukhairi sebelum ini menarik perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas mempamerkan aksi cukup menarik sepanjang Liga Malaysia (Liga M) bersama skuad Gergasi Merah musim ini.

Malah, dia juga dilihat sangat tenang memimpin pasukan skuad B-23 negara untuk ­mengungguli peringkat kumpulan kempen kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI