fbpx

OKU disaran terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ras Adiba (kiri) berkayak ketika menyertai Program Santai Kayak bersama OKU di Tasik Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara di Tronoh dekat Batu Gajah hari ini.

Oleh LIYANA RAMLI

BATU GAJAH – Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mendapat temu janji suntikan vaksin dos penggalak disarankan untuk hadir menerima suntikan berkenaan.

Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, OKU disarankan menerima suntikan dos penggalak kerana golongan ini merupakan kumpulan yang berisiko tinggi.

“Saya ingin menyarankan kepada sahabat OKU apabila diberi peluang dan mendapat notifikasi peringatan MySejahtera untuk datang mendapatkan dos penggalak itu, silalah ambil peluang.

“Ibu bapa dan penjaga juga perlu mengambil suntikan berkenaan kerana kalian lah menjaga kami,” katanya ketika menghadiri Program Santai Kayak bersama OKU di Tasik Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara Tronoh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ras Adiba, beliau bersyukur kerana golongan OKU diberi peluang untuk menjadi antara yang pertama menerima dos penggalak kerana mereka adalah kumpulan berisiko. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI