fbpx

Mathivani beri fokus Kejohanan Karate Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATHIVANI (kanan) sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Kejohanan Karate Asia di Kazakhstan pertengahan bulan ini.

ATLET karate wanita negara, M. Mathivani sudah tidak sabar untuk menghadapi Kejohanan Karate Asia yang akan berlangsung di Almaty, Kazakhstan dari 19 hingga 22 Disember ini.

Mathivani, 30, menegaskan, ia amat penting buat dirinya ke­rana bakal menentukan hala tuju atlet dari Selangor itu untuk menyertai lebih banyak pertan­dingan dalam jadual padat kalendar sukan tahun depan.

“Sekarang saya sedang mempersiapkan diri untuk Kejohanan Asia di Kazakhstan. Saya perlu memberikan aksi terbaik kerana ia akan menentukan hala tuju dan peranca­ngan saya tahun depan.

“Memang ada tekanan kerana­ tarikh kejohanan sudah semakin dekat. Namun, saya juga sudah tidak sabar dan percaya segalanya akan berada pada landasan yang tepat.

“Pihak persatuan akan menilai prestasi atlet sebelum mengeluarkan senarai untuk saingan tahun depan. Saya cuma perlu memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan disertai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mathivani mendedahkan, dia membuat keputusan untuk berehat selama setahun daripada kerjayanya sebagai guru matematik, sains dan kimia di Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Newlands, Cheras bagi memberikan fokus kepada sukan karate.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu berpuas hati dengan ­prestasinya tahun ini meskipun terkandas di pusingan kedua Kejohanan Karate Dunia 2021 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu hujung bulan lepas.

“Ia satu pengalaman yang sangat indah buat saya beraksi di pentas tertinggi. Saya amat memerlukan pendedahan ­seperti ini untuk meningkatkan diri saya ke tahap yang lebih bagus,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI