fbpx

Aubameyang gigih tajamkan penyudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aubameyang

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji kerja keras yang ditunjukkan penye­rang utamanya, Pierre-Emerick Aubameyang dalam sesi latihan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Stadium Goodison Park awal pagi esok.

Kapten The Gunners itu dikritik hebat susulan prestasi mengecewakan dengan penyudah tumpul di hadapan gawang lawan dalam beberapa perlawanan terdahulu.

Ia terbukti apabila kali ter­akhir Aubameyang meledak jaringan EPL adalah ketika Arsenal menang 3-1 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates pada 23 Oktober lalu.

“Anda sentiasa bimbang apabila penyerang utama anda tidak menjaringkan gol tetapi dia (Aubameyang) sentiasa berusaha keras untuk mengembalikan tahap terbaik­nya.

“Dia sendiri menyedari situasi ini, lebih-lebih lagi apabila pasukan amat memerlukan sentuhannya untuk menjaringkan gol. Saya percaya masalah ini akan berakhir tidak lama lagi,” kata Arteta.

Dalam masa sama, Arteta tetap memberikan fokus sepenuhnya untuk mengutip tiga mata penuh biarpun akan kembali ke Goodison Park yang pernah menjadi ‘rumahnya’ ketika beraksi bersama Everton dari 2005 hingga 2011.

“Goodison Park adalah tempat yang istimewa dan saya juga sebenarnya tidak sabar untuk kembali ke sana. Namun, saya profesional kerana tum­puan saya adalah Arsenal, bukan Everton,” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI