fbpx

Kekalahan pertama Xavi di Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Barcelona menunjukkan reaksi kecewa selepas tewas 0-1 kepada Betis di Stadium Camp Nou malam kelmarin. – AFP

BARCELONA – Rekod cemerlang Xavi bersama Barcelona sejak dilantik awal bulan lalu akhirnya lebur selepas tewas 0-1 kepada Real Betis pada aksi La Liga di Stadium Camp Nou malam kelmarin.

Begitupun, pengendali berusia 41 tahun itu tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya dan percaya penyokong-penyokong mereka juga terhibur menyaksikan perlawanan tersebut walaupun keputusan tidak memihak kepada The Catalan.

Bagi Xavi, kekalahan itu adalah pengajaran bermakna buat barisan pemainnya dan turut membuktikan masih banyak perlu diperbaiki selepas
tidak kalah dalam empat perlawanan terakhir.

“Ia amat menyedihkan kerana kami tidak berhak kalah dengan keputusan ini. Saya cuma boleh katakan bahawa tuah tidak memihak kepada kami berban­ding ketika menentang Villarreal minggu lalu.

“Namun, saya tidak boleh berkata apa-apa lagi kerana kami sudah memberikan persembahan terbaik, cumanya ia masih belum mencukupi untuk memenangi perlawanan.

“Saya beritahu para pemain, saya tetap berbangga dengan mereka atas apa yang telah ditunjukkan. Walaupun perit tetapi kami perlu terima lumrah dunia bola sepak,” kata Xavi.

Barcelona terpaksa akur gagal mengutip tiga mata selepas tewas kepada Betis menerusi ­jaringan tunggal Juanmi pada minit ke-79.

Kini, gergasi Sepanyol itu perlu mengalihkan fokus mereka untuk berdepan lawan yang lebih sukar iaitu juara Jerman, Bayern Munich untuk aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Allianz Arena pada Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN