fbpx

Origi muncul wira dramatik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORIGI (tiga dari kanan) menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool pada minit-minit akhir perlawanan untuk menewaskan Wolves awal pagi semalam. – LFC

LIVERPOOL – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp memuji impak Divock Origi selepas pe­nyerang gantian itu meledak gol kemenangan untuk menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux awal pagi semalam.

Klopp mengakui, jaringan Origi pada masa kecederaan itu bagaikan memberi ‘nyawa kedua’ kepada The Reds untuk meneruskan momentum pemburuan kejuaraan EPL dalam persaingan tiga penjuru bersama Manchester City dan Chelsea.

“Kita semua tahu kualiti Origi kerana dia salah seorang pemain yang memiliki penyudah terbaik dalam pasukan. Meskipun jarang mendapat minit permainan yang cukup tetapi dia kekal fokus dan sentiasa bersedia jika khidmatnya diperlukan.

“Menang pada masa kecede­raan adalah normal tetapi apabila jaringan itu dilakukan oleh Origi, ia adalah satu keputusan yang luar biasa. Ini bukanlah kali pertama dia membuktikannya dalam situasi ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp me­ngakui kemenangan tipis tersebut sememangnya memberikan kesan yang cukup besar buat mereka dalam usaha merampas gelaran liga berbanding ketika melakar kemenangan bergaya seperti dilakukan pada beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya akui keputusan ini cukup penting kerana kami sepatutnya berpuas hati dengan satu mata. Namun, pasukan bekerja keras sehingga minit-minit ter­akhir untuk memastikan kemenangan berjaya diraih.

“Saya memuji sikap positif dipamerkan barisan pemain tidak kira dalam kesebelasan utama mahupun mereka yang berada di bangku simpanan. Saya harap kemenangan ini dapat menyalakan semangat pasukan untuk terus mencabar EPL musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI